logo


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, 19 July 2012

Tarbiyah Ramadhan Melahirkan Generasi Bertaqwa



Ya, graduan generasi bertaqwa. Formula pembinaannya telah dicatat di dalam Al-Quran. Justeru, sepanjang Ramadhan ini, Al Quran sewajarnya bukan sekadar dibaca untuk meraih pahala berganda, khususnya buat para pemuda, tetapi ditadabur untuk menggapai formula membina pemuda pemudi yang bertaqwa. Ramadhan tidak akan ada maknanya kita sambut saban tahun tanpa kita mencapai martabat generasi bertaqwa. Buat para pemuda pemudi Islam, marilah kita mengambil kesempatan semaksima mungkin mengikuti modul latihan realiti pembinaan generasi bertaqwa. Dalam madrasah rabbaniyah ini, kita sangat memerlukan pelajaran-pelajaran yang terdapat di dalamnya, khususnya buat para pemuda pemudi umat yang menginginkan kebangkitan Islam bersinar kembali. 

Ramadhan adalah bulan daurah Al-Quran. Al-Quranul-Karim dalam pandangannya yang menyeluruh kepada alam semesta ini, manusia dan kehidupan ini, telah menerangkan kepada kita satu manhaj yang amali dalam mempersiapkan manusia di segi roh, pembentukan keimanannya dan pentarbiyahan kejiwaannya yang akhirnya melahirkan generasi bertaqwa. 

Firman Allah dalam Surah Al-Anfal: 

“Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu bertakwa kepada Allah, nescaya Ia mengadakan bagi kamu (petunjuk) yang membezakan antara yang benar dan yang salah, dan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu serta mengampunkan (dosa-dosa) kamu. Dan Allah sememangnya mempunyai limpah kurnia yang besar.” (Al-Anfal:29) 

Firman Allah dalam Surah Al-Hadid: 

“Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dan tetaplah beriman kepada Rasul-Nya (Muhammad) supaya Allah memberikan kepada kamu dua bahagian dan rahmat-Nya dan menjadikan bagi kamu cahaya untuk kamu berjalan dengannya serta diampunkan dosa kamu dan ingatlah Allah amat Pengampun lagi amat Pengasihani.” (Al-Hadid: 28) 


Dan firman Allah dalam surah At-Talaq: 

“Dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhan dan meninggalkan segala larangan) nescaya Allah mengadakan baginya jalan keluar (dari perkara yang menyusahkan) serta memberikannya rezeki dari jalan yang tidak disangkakannya.” (At-Talaq :2-3) 

Renungi dan perhatikanlah dalam keseluruhan rangkaian ayat-ayat tadi, apakah yang kita dapati? 

Taqwa dan Kekuatan 

Kita mendapati bahawa ketakwaan kepada Allah Azzawajala adalah merupakan asas gelombang kekuatan, serta asas bagi nur (cahaya) yang menyuluh dan asas bagi pemberian serta sumbangan (pengorbanan). 

Dalam pada itu juga dengan ketakwaan kepada Allah SWT sahajalah yang membolehkan seseorang mukmin membezakan antara yang “putih” dengan yang “hitam”, iaitu membezakan antara yang hak dengan yang batil. 

Begitulah dengan ketakwaan kepada-Nya, Allah menjadikan bagi mereka yang bertakwa satu nur (cahaya). Lantaran dengan cahaya tersebut mereka berjalan di kalangan manusia lalu manusia seluruhnya berpandukan dengan nur hidayah (yang mereka bawa) dan bersinarkan dengan nur tersebut. 

Dengan ketakwaan kepada-Nya, mereka (yang bertakwa) mendapat jalan keluar (daripada kesusahan) kepada jalan yang penuh dengan keamanan. Sekalipun mereka di ketika itu berhadapan dengan maut serta berhadapan dengan seksaan-seksaan. Sayyid Qutb dalam mentafsirkan firman Allah (Surah Al-Anfal:29) menyatakan: 

“Inilah dia bekalan iaitu bekalan persediaan dan kelengkapan di perjalanan. Bekalan ketakwaan yang menghidup, membangkit dan menyedarkan hati, membuahkan di dalamnya setinggi-tinggi kesedaran, kewaspadaan dan berhati-hati. Menyediakan baginya sinar cahaya petunjuk yang menyingkap segala rintangan ujian di liku-liku perjalanan yang sejauh mata memandang. Cahaya petunjuk ini merupakan cahaya yang tidak dikelami dengan sebarang syubhat (kesamaran) serta mendindingi pemikiran yang sempurna dan benar. Kemudiannya, ia adalah merupakan bekalan keampunan dan memaafkan sebarang kesalahan, bekalan kedamaian yang mencurahkan ketenangan dan kegembiraan, bekalan cita-cita serta impian untuk memenuhi dan mencapai kurniaan Allah yang maha besar di ketika hari yang tiada di sana sebarang bekalan di ketika hari yang mana keseluruhan amalan adalah sia-sia, tidak mempunyai sebarang nilaian. Kesemuanya ini adalah merupakan kenyataan: Bahawa hanya ketakwaan kepada Allah sahajalah yang benar wujud dan menjelma di hati, satu petunjuk yang membezakan antara yang benar dan yang batil yang seterusnya menyingkapkan rintangan dan halangan di perjalanan. Begitu juga dengan hakikat-hakikat kepercayaan (akidah) ini tidak akan dirasai, difahami dan diketahui melainkan kepada mereka yang melaksanakan secara amali.” 

Saturday, 23 June 2012



Aku tidak marah....
Aku tidak cemburu...
kerana kamu bukan hakku...
Kadang-kadang ini kelemahanku sebagai manusia biasa....
Sungguh senang untuk jatuh cinta...
Dan memang tidak dinafikan disaat ini ada sedikit cinta dihatiku untukmu....
Aku teringin kau mengetahui apa yang ada dalam hatiku saat ini...

Tapi biarlah Dia yang lebih mengetahui apa yang wujud didalam hati ketika saat ini sedangkan Dia yang menjadikan hati dan Dia juga yang mewujudkan perasaan itu..
Tapi sekali lagi, kau milik ALLAH, bukan milikku....
Jadi biarkan cinta ini kupendam di dalam hatiku....
Dan cukuplah aku mencintaimu dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan dan keikhlasan...
Kerana aku yakin tiada yang tahu rancangan Allah...
Mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan-lahan...

Ya Allah,
Tak Perlu biarkan hatiku tertambat pada cinta yang belum tentu menjadi milikku...
Tenangkan diriku yang terbuai akan cinta palsu...
Sucikan nuraniku yang terbelenggu oleh nafsu...
Bersihkan batinku yang ternoda oleh angan dan harap..
Ya Allah...leraikanlah dunia yang hinggap dalam hatiku..
kerana di situ aku tak mampu mengumpul dua cinta...
Hanya CinTaMu ya ALLAH yang kuharap, karena cinta pada-Mu smpai ke syurga..

Thursday, 31 May 2012


Kadangkala, Allah mempertemukan kita dengan hidayah-Nya melalui jalan-jalan yang tidak pernah kita sangka. Kita sangka seperti sudah tidak ada harapan untuk diri kita menjadi orang yang lebih baik. 

Tetapi, Allah Maha Tahu hati hamba-hambaNya yang benar-benar ingin menjadi baik. Maka, Allah jadikan asbab yang mungkin kita sendiri tidak akan pernah sangka dan tidak tahu. Kadangkala, asbab itu nampak terlalu remeh atau kecil barangkali, tetapi dari situlah bermula perjalanan kita menjadi seorang yang lebih baik.

Hinggalah akhirnya dengan asbab itu menjadikan diri kita yang sekarang ini lebih baik daripada dulu.

Be positive towards Allah !
Itu tersangatlah penting.

Tuesday, 1 May 2012

daisy
~✿..APABILA semuanya serba tidak kena, dan kita tidak tahu apa lagi yang hendak dibuat, ingatlah… kita masih boleh bersandar kepada Dia Yang Maha mengasihi.

~✿..Apabila hidup diselubungi kegelapan, semuanya salah, carilah sinar itu dari Dia Yang Memberi Cahaya.

~✿..Apabila dibelenggu masalah sedangkan tiada sesiapa pun yang mahu mengambil kisah, ingatlah pada Dia yang tidak pernah melukakan hatimu. Dia Maha Adil.

~✿..Apabila hati terluka dan kesakitan itu menumbangkan kudratmu, jangan berputus asa kerana Dia Melihat segala-galanya.

~✿..Apabila lemah tidak bermaya sedangkan perjalanan masih jauh perlu diharungi, carilah kekuatan itu dari Yang Maha Perkasa.

~✿..Apabila hidup ini dirasakan seperti beban, segala-galanya goyah, bangunkan semula kota semangat itu dengan keyakinan bahawa itulah iradat-Nya.

~✿..Apabila jalan di depan digelapi mendung sedangkan tiada sesiapa si sisi sudi menemanimu, carilah jalan lurus itu dari Dia, yang menjadi satu-satunya panduan hidup.

~✿..Apabila semua orang di sekeliling tidak mahu mendengar suara dan keluhanmu, jangan kecewa kerana Dia Maha Mendengar.

~✿..Apabila miskin dan papa, kita terperangkap dalam kesempitan, ingatlah kepada Dia Yang Maha Kaya.

~✿..Apabila engkau dalam kedukaan sedangkan tiada tempat untuk melarikan diri, mengadulah kepada Dia Yang Satu.

~✿..Apabila keseorangan dan kedukaan itu seperti tiada penghujungnya, serahkan dirimu kepada Dia… satu-satunya tempat yang boleh digantungkan harapan.

~✿..Apabila rasa diri kosong, sunyi dan sepi, penuhilah dengan membaca al-Quran dan buatlah amalan-amalan yang mendekatkan diri kita pada-Nya.. sesungguhnya Hati akan tenang apabila mengingati-Nya..

~✿..Apabila menaruh harapan pada manusia, kelak kita akan kecewa, tapi sandarkanlah harapan pada Pencipta, Dia sahaja yang mengetahui apa yang terbaik untuk kita...

Dan apabila parut lukamu dicederakan lagi, hatimu dicakari kebimbangan, ingatlah bahawa Dia sentiasa bersama orang-orang yang sabar...(✿◠‿◠)

Wednesday, 25 April 2012

~♥ seorang pencinta akan selalu berfikir dan menyebut insan yang dicintain..
ibarat,tak mati di hati,tak lekang di bibir..demikian jualah cinta buat Illahi,persiapkan lisan untuk selalu menyebut indah namaNya,sediakan jualah hati untuk selalu mengingatiNya,dan jadilah insan yang paling bahagia dalam redhaNya...♥~

"..Aku menurut sangkaan hamba kepadaKu,dan aku bersamaNya apabila dia mengingatiKu..

jika dia mengingatiKu dalam dirinya,maka Aku mengingatinya dalam diriKu..

jika dia mendekatkan dirinya kepadaKu sejengkal,maka Aku akan mendekatkan diriKu padanya sehasta..

jika dia datang kepadaKu dengan berjalan,maka aku akan datang kepadanya dengan berlari-lari kecil.."
(sahih Bukhari)

:> beruntunglah bagi mereka yang mendekatkan diri kepadaNya..
dan rugilah bagi mereka yang melarikan diri daripadaNya. <:

"..Aku menurut sangkaan hamba kepadaKu,dan aku bersamaNya apabila dia mengingatiKu..
jika dia mengingatiKu dalam dirinya,maka Aku mengingatinya dalam diriKu..
jika dia mendekatkan dirinya kepadaKu sejengkal,maka Aku akan mendekatkan diriKu padanya sehasta..
jika dia datang kepadaKu dengan berjalan,maka aku akan datang kepadanya dengan berlari-lari kecil.."(sahih Bukhari)
:> beruntunglah bagi mereka yang mendekatkan diri kepadaNya..dan rugilah bagi mereka yang melarikan diri daripadaNya. <:

Sunday, 25 March 2012

Ya Aziz..
Jika Cinta Adalah Ketertawanan
Tawanlah Aku Dengan Cinta Kepada-Mu
Agar tidak Ada Lagi Yang Dapat Menawanku Selain Engkau
Ya Rahim..
Jika Cinta Adalah Pengorbanan
Tumbuhkan Niat Dari Semua Pengorbananku
Semata-mata Tulus Untuk-Mu
Agar Aku Ikhlas Menerima Apapun Keputusan-Mu

Ya Robbi..
Jika Rindu Adalah Rasa Sakit Yang Tidak Menemukan Puncanya
Penuhilah Rasa Sakitku Dengan Rindu Kepada-Mu
Dan Jadikan Kematianku Sebagai punca Pertemuanku Dengan-Mu

Ya Robbi..
Jika Sayang Adalah Sesuatu Yang Mempesona
Ikatlah Aku Dengan Pesona-Mu
Agar Damai Sentiasa Ku rasakan
Saat Terucap Syukurku Atas Nikmat Dari-Mu

Ya Allah..
Jika Kasih Adalah KebahagiaanYang Tiada Bertepi
Tumbuhkan Kebahagiaan Dalam Hidupku
Di saat Ku persembahkan Sesuatu Untuk-Mu

Ya Allah..
Hatiku Hanya Cukup Untuk Satu Cinta
Jika Aku Tak Dapat Mengisinya Dengan Cinta Kepada-Mu
Ke manakah Wajahku Hendak Ku sembunyikan Dari-Mu

Ya Rahman..
Dunia Yang Engkau Bentangkan Begitu Luas
Bagai Belantara Yang Tak Dapat Ku tembus Di Malam Yang Gelap Gelita
Agar Tidak Tersesat Dalam Menjejakinya

Ya Rahim..
Berikan Alas Kaki Buat Hamba Agar Jalan Yang Ku lalui Terasa Nikmat
Meski Penuh Dengan Bebatuan Runcing & Duri Yang Tajam
Aku Sedar  Semua Ini Milikmu
Dan Suatu Saat Jika Kau Kehendaki
Semuanya Akan Kembali Jua KepadaMu..

ku pasrahkan diri hanya untukMu.. 

Friday, 23 March 2012


Bila belum siap melangkah lebih jauh dengan seseorang,
cukup cintai ia dalam diam ..
kerana diammu adalah salah satu bukti cintamu padanya ..
kamu ingin memuliakan dia,
dengan tidak mengajakanya menjalin hubungan yang terlarang,
kamu tak mau merusak kesucian dan penjagaan hatinya.
karena diammu memuliakan kesucian diri dan hatimu ..
menghindarkan dirimu dari hal-hal yang akan merusak izzah dan iffahmu ..
karena diammu bukti kesetiaanmu padanya ..
karena mungkin saja orang yang kau cinta adalah juga orang yang telah ALLAH Ta’ala pilihkan untukmu ..
membuka tulisan ini dengan sebuah kisah luar biasa antara Ali dan Fatimah Az-zahra, akankah kisah itu berulang? dapatkah seperti mereka? yang keduanya saling memendam apa yang mereka rasakan ..
tapi pada akhirnya mereka dipertemukan dalam ikatan suci nan indah ..mereguk indahnya syurga, di dunia..
kerana dalam diammu tersimpan kekuatan ..
kekuatan harapan ..
hingga mungkin saja Allah akan membuat harapan itu menjadi nyata hingga cintamu yang diam itu dapat berbicara dalam kehidupan sebenarnya ..
bukankah Allah tak akan pernah memutuskan harapan hamba yang berharap padanya ??
dan jika memang ‘cinta dalam diammu’ itu tak memiliki kesempatan untuk berbicara di dunia nyata,biarkan ia tetap diam ..jika dia memang bukan milikmu Allah, melalui waktu akan menghapus ‘cinta dalam diammu’ itu dengan memberi rasa yang lebih indah pada orang yang lebih  tepat ..
biarkan ‘cinta dalam diammu’ itu menjadi memori tersendiri dan sudut hatimu
menjadi rahasia antara kau dengan Sang Pemilik hatimu.