Kesalahan demi kesalahan yang dilakukan..
Akhirnya membuatkan diriku hilang ketenangan..
Ku cuba ambilnya sebagai teladan dan pengajaran..
Agar ia tidak sia-sia terjadi dalam kehidupan..
Ku akan berusaha melakukan perubahan..
Agar ia tidak diulangi lagi dalam kehidupan..
Meskipun tidak dipercayai lagi oleh insan..
Akan ku cuba untuk buktikan di sisi Tuhan..
Walaupun manusia memperkecil-kecilkan usahaku menuju perubahan..
Takkan berputus asa mahupun dalam kekecewaan..
Kerana ku inginkan rahmat dan keredhaan Tuhan..
Bukannya pandangan manusia yang penuh kepalsuan..
Biarlah diri ini dipandang hina oleh insan kerana kesilapan..
Asalkan ku tahu ku tetap menuju kearah perubahan dan keinsafan..
Ku serahkan kesaksian sepenuhnya kepada Tuhan..
Kerana Dia lah yang mengurniakan balasan dan ganjaran, bukannya insan..
Kutetap akan terus memperbaiki diri dari kesilapan..
Meskipun selalu dicemuh dan disalah tanggapan..
Kerana ku tahu semua itu tak mampu ku halang..
Namun ku yakin Dia Maha Mengetahui isi hati setiap insan..
KU AKAN TERUS BERUBAH KERANA ALLAH TA'ALA, BUKANNYA KERANA MANUSIA..
Maka tidak perlu lagi ku pedulikan apa sangkaan dan tanggapan mereka..
