logo


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, 26 December 2011

pengubat Hatiku


Terhampar indah nun di sana
Menghiasi fatamorgana dunia
Kesuburan dan kenikmatannya tiada tandingan
Indahnya kehijauan tumbuhan ciptaanNYA

Hembusan sang bayu bertiupan
Bertiup angin memuji sang pencipta
Burung-burung berkicauan
Tanpa difahami manusia rahsia bahasanya 

Seluruh alam menyaksikan keagunganNYA
Seluruh semesta memuji kebesaranNYA
Manusia adalah sebaik-baik kejadian dariNYA 
Apakah lautan keimanan manusia setanding dengan yang lain?

Manusia sering memuji dunia
Manusia lebih mencintai dunia
Tak terdetikkah kau walau seinci
Kasih pada DIA yang menciptakan

Pabila diuji hebat
Pabila dilanda masalah
Barulah mencari DIA
Barulah memohon padaNYA

Masih ingatkah kau pada sabda Nabi s.a.w
"Hendaklah lidahmu sentiasa basah dengan zikrullah"
Itulah pengubat hati bagimu
Mengingati ALLAH hatimu akan tenang

Usahlah melebihkan yang lain
Carilah cintaNYA
Carilah kasihNYA
Rindulah padaNYA

Lihatlah kehijauan yang indah
Hembusan angin yang mendayu
Jari jemari yang bergerak
Semuanya adalah nikmatNYA yang tak terperi

Rasailah kewujudanNYA
Zikirlah padaNYA 
DIA ada di mana-mana
Kerana DIA kau di sini