logo


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, 4 March 2012

h.a.t.i

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
"........ Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkara-perkara yang diharamkanNya. Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati."[Hadis riwayat Bukhari dan Muslim]

Untuk menjaga hati, bukan semudah seperti melakukan amalan oleh diri..

Sesungguhnya amalan yang dilakukan oleh seseorang mampu dilihat kita, namun keadaan hati itu sukar digambar atau dipastikan melainkan Allah Ta'ala.

Hati kita adalah tempat pandangan Allah Ta'ala. Ia merupakan tapak semaian iman, wadah fitrah, akal dan hikmah. Hati kita pula adalah raja pada seluruh anggota badan.

Apabila hati itu baik maka baiklah seluruh anggota badan. dan apabila hati itu rosak maka rosaklah seluruh anggota badan.

Sesungguhnya hati merupakan 'pusat' segala-galanya..

Samada pusat hidayah Allah Ta'ala,
Dan juga pusat di mana sesuatu amalan yang dilakukan akan diterima atau ditolak oleh Allah Ta'ala, mahupun ditambah atau dikurangkan nilainya..
Malah pusat yang menjadi sumber budi pekerti dan akhlak manusia..

Jika hati itu baik, insyaAllah akan baiklah amalan.. Namun jika hati itu buruk, akan buruklah juga amalan..

Maka, segala-galanya adalah berpunca dari hati..

Mungkin mudah untuk melakukan amalan, namun bukan semudah untuk menjaga hati ketika melakukan amalan. Ramai yang mampu melakukan sesuatu amalan, namun berapa ramai yang mampu membuat amalan itu diterima Tuhan?

Oleh itu, semaikanlah sifat ikhlas dan redha, tanamkanlah sifat syukur dan sabar, peliharakanlah segala sifat mahmumah didalam hati kita, agar ia tetap sentiasa subur dan hidup disisi Allah Ta'ala...

Dan hapuskanlah sifat ujub dan takabbur, buangkanlah sifat iri hati dan hasad dengki, hakiskanlah sifat sombong dan ri'ak, luputkanlah segala sifat mazmumah dari hati kita, agar ia tidak mati dan gersang dengan peningkatan dosa..

Ketahuilah, apabila hati berpenyakit, segala-galanya akan berjangkit.. Apabila hati sakit, semuanya akan menjadi 'sakit'.. Apabila hati binasa, seluruhnya akan binasa.. Apabila hati mati, tiada nilai lagi diri kita disisi Ilahi..~

kerana dia aku merasa sempurna

"... Diriku tidak berharap mencari seseorang yang terlalu sempurna, kerana diriku juga tidak sempurna. 


Akan tetapi cukuplah bagiku sekiranya diriku dan dirinya saling sudi menyempurnakan iman dan cinta kepada Yang Maha Esa, malah saling sudi berkongsi saat gembira dan duka, bahagia dan derita. Kerana itulah yang akan menyempurnakan hidup di dunia, insyaAllah.."


Seorang yang sempurna itu belum tentu menyempurnakan dan Menyempurnakan itu tidak semestinya dia seorang yang sempurna.."