logo


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, 6 March 2012

keasyikan...

"Allahu Akhbar,Allahu Akhbar..."
jam di dashboard kereta menunjukan jam 7.35Pm,

kereta di atas jambatan masih bergerak perlahan dek kerana keadaan jalan yang sesak..
semua orang ada menuju ke destinasi masing-masing...
"Ya Allah,dah masuk waktu ni,maghrib dah la pendek,sempat ke aku sampai rumah solat?"
aku mengomel sendirian,sambil mengetuk perlahan stereng kereta..
setelah beberapa minit kemudian,akhirnya tiba jua di susur keluar seberang jaya..
"fuhh lega,Alhamdullilah selamat tinggal jalan yang 'jamed'!!"

setibanya di simpang sungai dua,keadaan kereta kembali perlahan...
"apa pulak dah depan ni,aku dah la nak cepat!!"
marahku.....(tiada langsung sifat sabar!! he :)
rupanya,dihadapan itu ada pasar malam...
riuhnya keadaan di sekitar dataran pasar itu,si penjual memekik-memekik menjual barang dagangannya..si pembeli bersuara lembut meminta harga tawar..
ada juga si buta sedang bermain gitar sambil memegang 'cebok' untuk minta diisi duit...
itu lah serba sedikit suasana 'keriuhan' di sekitar dataran,,
tapi...dalam keadaan begitu,aku tertanya-tanya,
apakah mereka sudah selesai menunaikan perkara wajib mereka??
adakah mereka sudah melaksanakan rukun islam yang kedua??
adakah mereka sudah sujud kepada pencipta mereka??
andai sudah...alhamdullilah,andai belum....Lailahaillallah...!!
sesungguhnya,pasar itu tempat para syaitan berkumpul,maka berhati-hatilah,jangan sampai kita menjadi salah seorang tetamunya... 
tepat jam 8.15Pm,
aku memakir kereta lalu terus ke tandas mengambil wudu',lantas mengerjakan solat tiga rakaat...
"Alhamdullilah,syukur atas nikmat ini..."