logo


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, 21 December 2011

inilah DIRIKU....


Kekadang diri juga ini lemah, adakalanya jiwa ini juga jatuh dan rebah, kadangkala hati ini hampir berputus asa dan mengalah...

Kerana diri ini masih tetap manusia biasa, ada fitrah sepertimana manusia yang lain. Menasihati dan menegur bukanlah tanda diri ini sempurna di dunia ini, namun nasihat dan teguran diberi sebagai peringatan untuk diri ini kembali...

Diri ini tetap insan dhaif lagi hina, jiwa ini kelam dengan debu kemaksiatan kepadaNya dan hati ini masih gelap gelita dengan dosa..

Diri ini tetap hambaNya yang berdosa, bukan sempurna apatah lagi jauh dinilai sebagai insan soleh dan baik dikalangan manusia, kerana diri ini yang selalu bermaksiat dan melakukan kemungkaran terhadapNya..

Jiwa ini penuh dengan kesilapan dan kesalahan di dunia, yang akhirnya memakan diri dan menghapuskan segala harapan yang ingin dibina. Lalu hancurlah segala-galanya, kerana mengorak langkah yang tersasar dari hala tujunya...

Hati ini hitam dengan dosa dan noda, kerana kelalaian dan kealpaan mengejar sesuatu yang bukan ditakdirkan olehNya. Mengharap sesuatu bukan milik jiwa, hingga tanpa disedari menggadai keikhlasan hati kerana sesuatu milik manusia lain di dunia.

Ya Allah Ya Tuhanku...
Semoga Engkau tabahkan semula diri ini dalam mencari kekuatan diri, kuatkan kembali jiwa ini dalam menuju kepadaMu didunia ini, sucikanlah semula hati ini dalam menagih cinta dan keredhaanMu, ya Ilahi..

Agar di saat dugaan melanda, diriku tidak kembali lemah, di saat musibah menimpa jiwa ini tidak rebah dan juga di saat ujian diterima hati ini tidak mudah mengalah...ameen..

Ya Allah... inilah rintihanku.... sebagai hambaMu.

No comments:

Post a Comment